Mesyuarat Majlis Raja-Raja Bincang Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan, SPR

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 5:15 PM

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail (tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 239 di Istana Negara, Rabu. Turut berangkat, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua kanan), Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua kiri). Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man (tiga kanan) dan Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkara berkaitan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan dan pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 di Istana Negara di sini, Rabu.

Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu turut membincangkan jadual Mesyuarat Majlis Raja-raja bagi 2016.

Pagi tadi Tuanku Syed Sirajuddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 yang dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang diwakili Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim manakala Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (empat kanan), Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tiga kanan), Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (kanan), berkenan berangkat ke mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 239 yang dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Negara, Rabu.

Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir ke mesyuarat berkenaan.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Majlis Raja-Raja , Hakim , SPR , Istana Negara

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan