KDN Akan Perjelas Penempatan 3,000 Pelarian Syria - Reezal Merican

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 7:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi penjelasan terperinci mengenai 3,000 pelarian Syria yang akan mendapat perlindungan di Malaysia dalam tempoh tiga tahun, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata pada masa sekarang perkara tersebut masih pada peringkat awal.

"Ini masih pada peringkat awal. Tidak ada apa lagi pada saya. KDN yang akan uruskan," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai hasrat Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun.

Minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung ke-70 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengumumkan kesediaan Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria bagi membantu krisis pelarian rakyat Syria. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata Malaysia akan menawarkan perlindungan dan pekerjaan sementara kepada semua pelarian terbabit selain kemudahan pendidikan semasa di negara ini.

Sementara itu dalam ucapannya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2014, Reezal Merican menyifatkan tempoh dua bulan tujuh hari beliau selama berada di Wisma Putra sebagai penuh warna dan pengalaman yang pelbagai.

"Saya berpeluang menyertai beberapa perbincangan, mesyuarat dan membuat kenyataan akhbar sehinggalah saya disifatkan sebagai seorang timbalan menteri yang tidak berprotokol.

"Saya menganggap semua pengalaman itu sebagai lengkungan pembelajaran," katanya.

Pada majlis anugerah hari ini, seramai 61 warga kerja Kementerian Luar yang berkhidmat di Wisma Putra dan 34 lagi warga kerja yang berkhidmat di pejabat perwakilan Malaysia di pelbagai negara menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. 

Turut menerima diberikan penghargaan ialah 22 pesara yang menerima anugerah Jasamu Dikenang. -- Bernama




Tags / Kata Kunci: KDN , Syria , pelarian , Reezal Merican

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan