Karnival Orang Asli Tampil Tarikan Tersendiri

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 12:07 PM

Kanak-kanak suku Mah Meri membuat persembahan pada Karnival Orang Asli baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KARNIVAL Orang Asli sekali lagi mendapat perhatian ramai terutama masyarakat bandar dalam dan luar negara yang ingin mempelajari budaya masyarakat pelbagai suku kaum itu.

Menerusi acara kali kedua anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu, masyarakat Orang Asli Mah Meri dari Pulau Carey, suku Temuan dari Bukit Lanjan, Dengkil dan juga Hulu Selangor memberi peluang pengunjung merasai gaya hidup mereka.

Perasmian disempurnakan Yang Dipertua MPSJ Datuk Nor Hisham Dahlan di Kampung Orang Asli Sungai Rasau, Jalan Puchong, baru-baru ini.

Nor Hisham ketika merasmikan Karnival Orang Asli di Puchong baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail dan Tok Batin, Dali Anak Kantan.

"Kami gembira kerana karnival tahun ini mencatatkan ramai pengunjung.

"Selain permintaan untuk pembangunan infrastruktur, kami akan cuba membantu masyarakat Orang Asli ini untuk pasarkan produk mereka," kata Nor Hisham sambil menambah pihaknya akan menjemput mereka untuk mempamerkan kraftangan yang dihasilkan pada acara yang dianjurkan MPSJ.

Nor Hisham juga menunjukkan kehandalannya memecahkan belon menggunakan sumpit tradisional.

Pengunjung turut berpeluang melihat pertunjukan polis dari unit K-9, selain kiosk polis daerah Subang Jaya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Jabatan Pendaftaran Negara Selangor yang turut hadir bagi memudahkan pengunjung yang ingin memohon dan menukar MyKad.

Selain itu, Faridah anak Kantan dari masyarakat Orang Asli Temuan pula mendapat perhatian ramai apabila menunjukkan bagaimana ubi kayu boleh dihidangkan dengan pelbagai menu.

Dia turut menunjukkan cara-cara memasak ayam dan ikan dalam buluh dengan sedikit air, daun asam hutan, halia, garam dan serai.

"Tak lama untuk memasak hidangan ini, hanya kira-kira 10 minit," katanya.

Seorang pengunjung lelaki berwarganegara Perancis, Mathhieu Berke sebelum ini melawat Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey berkata, ini kali pertama dia mencuba hidangan ayam dan ikan keli yang dimasak dalam buluh.

"Ia sangat mudah dan sedap," katanya sambil menjilat jari.

Semasa lawatannya di Pulau Carey, Berke bertemu dengan pengukir topeng, Samri Abdul Rahman dan membeli beberapa topeng.

Samri tekun menghasilkan topeng tradisional yang mendapat perhatian ramai.

"Saya suka dengan topeng tradisional. Ini sebahagian dari Malaysia yang orang lain perlu tahu," ujarnya.

Ramai yang teruja untuk mencuba senjata tradisional Orang Asli iaitu sumpit.

Talib anak Pusu menunjukkan bagaimana menggunakan sabut untuk mampatkan sumpit bagi membolehkan damak terbang pantas dan jauh.

"Sabut juga boleh digunakan untuk menutup luka, hanya basahkan sedikit dan tekan pada luka, selain sesuai untuk menghidupkan api," ujar Talib.

Sumpit diperbuat daripada buluh, Talib menjelaskan kayu keras boleh digunakan tetapi ia mengambil masa lama untuk membuatnya iaitu lebih kurang sebulan.

Tags / Kata Kunci: Karnival Orang Asli , Temuan , Bukit Lanjan , MPSJ

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan