Isteri Mangsa Tragedi Rempuhan Mina Terima Bantuan RM1,500 Perkeso - Berita Semasa | mStar

Isteri Mangsa Tragedi Rempuhan Mina Terima Bantuan RM1,500 Perkeso

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 4:25 PM

Suriahanim (kiri) memeluk anak lelakinya Hasan Zakiy, tiga tahun, ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Selasa daripada mengerjakan haji. Di sebelah kanan ibu Suriahanim, Rohani Yusuf.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan bantuan kepada isteri jemaah haji Malaysia, Allahyarham Zulkifly Samad yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, bulan lepas.

Bantuan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1959 itu, meliputi faedah pengurusan jenazah berjumlah RM1,500 yang diterima isteri Allahyarham Zulkifly, Suriahanim Abd Hamid, 40.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia Perkeso Che Hamid Che Ahmad berkata, Suriahanim juga akan menerima faedah pencen penakat setiap bulan mengikut perkiraan tertentu.

"Memandangkan majikan suami beliau berdaftar dengan Perkeso, maka waris  (isteri Allahyarham) layak menerima faedah ini," katanya selepas menyampaikan bantuan berkenaan di rumah Suriahanim di sini.

Turut hadir Pengarah Perkeso negeri Kedah Othman Mohd Nordin dan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkeso Tuan Azman Tuan Yaakob.

Suriahanim yang juga Eksekutif Kanan Akaun Perkeso, turut menerima RM3,000 bagi faedah pengurusan jenazah.

Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi (waktu Arab Saudi), 24 September lepas,  Allahyarham Zulkifly bersama-sama lebih 700 jemaah haji terkorban dalam insiden rempuhan di kawasan perkhemahan jemaah negara Arab, di Mina.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Perkeso , Mina , Suriahanim Abd Hamid
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan