Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Sertai G25

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunos merupakan personaliti terbaharu yang menyertai kumpulan tokoh Melayu profesional atau G25.

Ketika mengalu-alukan penyertaannya, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata Hishamudin pernah berkhidmat dengan cemerlang dalam badan kehakiman.

"Keberanian, kebebasan dan integritinya dalam menegakkan sumpah jawatan akan terus dikenang dan telah memperoleh penghormatan daripada bukan sahaja rakan-rakannya tetapi semua rakyat Malaysia," kata Farida dalam kenyataan pada Rabu.

Hishamudin pernah menghakimi beberapa kes penting membabitkan isu hak asasi manusia seperti mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Kes berkenaan difailkan tiga jurusolek lelaki Islam yang berpakaian atau berlagak seperti wanita di tempat-tempat awam.

Tags / Kata Kunci: G25 , Mohd Hishamudin Mohd Yunos

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan