38 NGO Setuju Khairuddin Tidak Ancam Demokrasi Berparlimen

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 10:33 PM

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Naib Pengerusi Umno Batu Kawan Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bukanlah satu ancaman kepada demokrasi berparlimen, kata 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Tindakan itu perlu diambil sebagai keprihatinan terhadap hal ehwal di Malaysia dan rayuan untuk campur tangan antarabangsa ke atas sistem yang telah rosak dan gagal.

"Tindakan ugutan melalui tahanan di bawah (Sosma) Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 tidak akan mengekalkan kedaulatan negara Malaysia. Perbuatan seperti ini hanya akan bertindak sebagai penghalang kepada potensi pemberi maklumat yang bertujuan untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia daripada salah laku orang lain," kata mereka dalam satu kenyataan, Rabu.

Mereka juga berkata bahawa perbuatan menghukum pemberi maklumat dan bukan pesalah tidak boleh menjadi kaedah menangani kezaliman di Malaysia.

"Dengan ini, kami menyeru supaya kerajaan Malaysia menggubal perlindungan yang mencukupi kepada pemberi maklumat dan menghentikan penahanan dan gangguan terhadap pemberi maklumat," kata mereka.

38 NGO itu menegaskan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menyatakan dengan jelas bahawa Khairuddin telah ditahan di bawah Sosma kerana membuat laporan dengan penyiasat di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan Britain ke atas Cabang pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka juga menegaskan bahawa Sosma pada asalnya dikemukakan oleh kerajaan sebagai langkah anti-keganasan dan keselamatan negara.

"Sosma memperuntukkan penahanan sehingga 28 hari tanpa bicara. Tidak ada dakwaan atau bukti Khairuddin mempunyai sebarang latar belakang dipercayai pengganas," kata mereka.

38 pertubuhan bukan kerajaan itu termasuklah All Women's Action Society (Awam), Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAman), Bersih 2.0, Persatuan Kesedaran Kommuniti Selangor (Empower), Gerakan Hapuskan Akta Hasutan (GHAH), National Human Rights Society (Hakam), Proham, Pusat Komas, Sisters in Islam (SIS) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Khairuddin telah ditahan di bawah Sosma di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 23 September.

Sebelum itu, beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara di sini, dipercayai berkaitan siasatan membabitkan 1MDB.

Tahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan