1MDB Tak Kebal, Buat Laporan Terhadapnya Bukan Keganasan - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 8:53 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan satu tindakan keganasan, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata syarikat itu juga bukan sebuah institusi yang kebal, sebaliknya ia juga tertakluk kepada undang-undang negara.


"Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita?.

"Saya tidak fikir begitu. Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan media, Rabu.

Muhyiddin, dalam kenyataan medianya turut mempersoalkan tentang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) yang digunakan bagi menahan individu yang membuat laporan terhadap 1MDB.

"Seingat saya Sosma adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme.

"Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan?," katanya.

Bekas timbalan perdana menteri berkata, mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya.

Katanya, ia adalah sejajar dengan titah Majlis Raja-Raja pada SElasa yang menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit.


"Pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali," katanya.

Tambahnya, kegagalan menyelesaikan kemelut 1MDB akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan terhakis dan mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.

Jelasnya, sebagai negara yang amat dihormati masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh para pelabur di seluruh dunia isu 1MDB tidak wajar mencemarkan nama baik Malaysia, ibarat 'nila setitik rosak susu sebelanga'.


"Dalam beberapa lawatan saya ke luar negara yang mutakhir ini, saya sering ditanya oleh pemimpin negara luar tentang isu 1MDB. Mereka berasa amat hairan dengan apa yang terjadi kepada negara kita.

"Mereka tidak percaya sebuah syarikat pelaburan strategik negara menanggung hutang berbillion ringgit dan menghadapi masalah aliran tunai yang kronik sehingga tidak mampu untuk membayar hutang-piutang syarikat. Lebih malang jika wang dalam kantung syarikat ini juga telah lesap," katanya.

Pada 23 September lalu, bekas Naib Pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan di bawah Sosma, kerana mensabotaj negara di Kompleks Mahkamah Dutasebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman.

Beliau adalah ahli Umno pertama yang membuat laporan polis dan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu  1MDB.




Tags / Kata Kunci: 1MDB , Sosma , Tan Sri Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan