Video Perkahwinan Allahyarham Zulkifly, Pengubat Rindu Isteri

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 1:18 PM

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendengan luahan Suriahanim berhubung kejadian yang menimpa Zulkifly di Makkah baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Video perkahwinan yang dihasilkan Allahyarham Zulkifly Samad, 50, yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina baru-baru ini menjadi pengubat rindu buat isterinya, Suriahanim Abd Hamid.

Suriahanim, 40, berkata, beliau akan memainkan video klip itu setiap kali teringatkan Allahyarham suaminya yang maut dalam insiden pada 24 September lepas.

Eksekutif Kanan Akaun Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu berkata video memaparkan koleksi gambar perkahwinan mereka disimpan dalam telefon bimbitnya bagi memudahkannya menonton setiap kali teringatkan suami.

"Video itu menjadi pengubat kerinduan saya terhadapnya. Itu adalah kenangan sepanjang hidup kami bersama," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu Arab Saudi) Allahyarham Zulkifly bersama-sama lebih 700 jemaah haji terkorban dalam insiden rempuhan di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, di Mina.

Suriahanim berkata, sebelum kejadian dia dan arwah suaminya sempat bermaaf-maafan sebelum bertolak ke Mina dan Zulkifly tidak meninggalkan sebarang pesanan terakhir kepadanya.

Beliau berkata akan menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu mengenai insiden itu kepada anak lelaki tunggal mereka, Hasan Zakiy, 3, hasil perkahwinan mereka sejak tiga tahun lepas.

"Kalau nak beritahu sekarang mungkin dia (Hasan) tidak mengerti mengenai kejadian yang menimpa ayahnya. Bila dia faham baru saya akan cerita kepadanya," katanya.

Katanya anak lelakinya itu sering melihat gambar arwah ayahnya menerusi telefon bimbit ibu saudaranya sepanjang mereka berada di Makkah.

Dia berkata akan ke Tanah Suci Makkah tahun hadapan bagi mengerjakan umrah seperti yang dirancang oleh arwah suaminya sebelum ini dan akan menziarahi pusara Zulkifly.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Zulkifly Samad , Mina

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan