Tiada Kes Terbaharu Rabies, Kementerian Rancang Pencegahan Jangka Panjang - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 9:04 PM

Ahmad Shabery Cheek.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan merancang pelan pencegahan jangka panjang bagi menangani penularan penyakit anjing gila atau rabies, kata menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata walaupun tiada kes terbaharu rabies dilaporkan sejak 21 September, kementerian komited dengan langkah seterusnya dalam mengendalikan penyakit itu.

"Ada pandangan mengatakan langkah yang dibuat ketika ini adalah baik dan sudah berkesan, namun ada juga yang berpandangan kita tetap perlu merangka langkah yang lebih baik daripada apa yang dilakukan sekarang," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat mengendalikan hal berkaitan kebajikan haiwan, antaranya  Persatuan Pencegahan Penganiyaan Haiwan (SPCA) dan Persatuan Veterinar Malaysia.

Berikutan penularan penyakit yang mula dikesan di Perlis pada 19 Ogos lepas, diikuti Kedah dan Pulau Pinang sehari selepas itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kemudiannya mengisytiharkan ketiga-tiga negeri tersebut sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila.

Mengenai perjumpaan itu, Ahmad Shabery berkata beberapa perkara positif telah diutarakan untuk pertimbangan kementerian, antaranya membenarkan proses vaksinasi dilakukan terhadap anjing di luar daripada tiga negeri terlibat serta kemungkinan mengadakan vaksinasi menyeluruh ke atas semua anjing.

Selain itu, katanya mereka juga meminta agar tidak mentakrifkan semua anjing terbiar sebagai anjing liar kerana sebahagian daripada yang terbiar itu sebenarnya merupakan anjing yang turut dijaga masyarakat.

"Semua padangan ini kita dengar, kita anggap semuanya adalah positif namun masih memerlukan beberapa perincian sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Kamaruddin Md Isa berkata langkah pencegahan yang efisien merupakan antara faktor penyakit itu berjaya dikawal.

Antaranya memberi vaksin kepada anjing bertuan, mengawal populasi anjing yang berkeliaran serta mengadakan lawatan dari rumah ke rumah bagi memberi kesedaran berkaitan penjagaan haiwan itu.

Mengenai tempoh negeri terbabit boleh diisytihar bebas rabies, beliau berkata jika keadaan tanpa kes seperti itu berlarutan selama enam bulan, negeri berkenaan sudah boleh dianggap bebas.

"Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia menetapkan dua tahun sebagai indikasi bagi sesebuah negara yang dilanda rabies untuk diisytihar bebas, namun bagi negeri tempoh enam bulan tanpa kes sudah memadai," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rabies , Ahmad Shabery Cheek

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan