TH Sampai Sumbangan Khairat Kematian Kepada Balu Pesara Telekom

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 9:50 PM

Shukry (kiri) menziarahi Noraani, isteri kepada Allahyarham Ahmad Turidi yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah bagi menyampaikan sumbangan di rumahnya di Taman Seri Putera Banting pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BANTING: Tabung Haji (TH) pada Selasa menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,500 kepada balu seorang jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah haji di Makkah bulan lepas.

Allahyarham Ahmad Turidi Hashim, 63, yang menunaikan haji bersama isterinya, Nooraini Mohd Salleh, 61, meninggal dunia akibat serangan jantung di dalam bilik penginapan, pada 27 September lepas.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Makkah.

Menurut Nooraini, beliau dan suami berlepas ke Tanah Suci pada 27 Ogos lepas.

"Allahyarham mula demam setelah selesai mengerjakan ibadah melontar jamrah sebelum ditemui mati di bilik penginapan sebuah hotel di Makkah kira-kira 2 pagi (waktu Arab Saudi) pada 27 September lepas.

"Beliau meninggal dunia selepas selesai Hari Wukuf pada 23 September lepas," katanya kepada pemberita selepas menerima wang khairat kematian daripada Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Shukry Mohd Salleh di kediamannya di Taman Sri Putra, Banting di sini.

Nooraini yang mempunyai tiga anak perempuan berumur antara 30 dan 37 tahun berkata ini merupakan ibadah haji kedua Allahyarham yang juga merupakan seorang pesara Telekom.

Sementara itu, Shukry menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian serta kehilangan insan tercinta. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan