Najib Minta Ling Tarik Balik Kenyataan Atau Berdepan Saman

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 2:28 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap perdana menteri atau berdepan tindakan undang-undang.

Dalam surat tuntutannya, firma guaman Messrs Hafarizam Wan and Aisha Mubarak berkata firma itu telah diarahkan supaya mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik, permohonan maaf yang jelas dan ganti rugi munasabah berhubung kenyataan yang diterbitkan menerusi artikel bertajuk 'MCA's Liong Sik Joins Call For Najib's Ouster For allegedly Putting People's Money in His Own Pocket'.

Surat itu menyebut bahawa makna yang jelas menerusi perkataan yang terkandung dalam artikel itu membawa maksud bahawa, antara lain, Najib telah menyalahgunakan wang milik dana pelaburan kerajaan ke dalam akaun peribadi beliau; bahawa beliau menyalahgunakan dana itu bagi kepentingan peribadi beliau, bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua parti politik dan pemimpin negara, dan bahawa beliau tidak layak untuk menjadi ketua kerajaan Malaysia.

Artikel itu disiarkan Malay Mail online pada 3 Oktober lepas dan masih boleh dilayari masyarakat umum menerusi jaringan sejagat, menurut surat bertarikh 5 Okt 2015, dan ditandatangani peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Firma itu, yang bertindak bagi Najib atas sifat peribadi beliau, berkata surat itu diserahkan di rumah Ling di Bukit Damansara di sini semalam, dan diterima isteri Ling pada 4 petang.

Surat itu menuntut supaya Ling melakukan perkara berikut dalam masa tujuh hari:


BERHENTI daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah atau apa-apa kenyataan seumpamanya yang merujuk kepada anak guam kami,

MENGELUARKAN permohonan maaf yang jelas dan penuh secara bertulis serta menarik balik kenyataan fitnah, berdasarkan terma yang dipersetujui oleh kami, bagi pihak anak guam kami,

MENERBITKAN penarikan balik kenyataan dan permohonan maaf itu dalam muka surat dan saiz yang dipersetujui anak guam kami dalam dua akhbar nasional yang dipilih anak guam kami, 

MEMBERI anak guam kami janji bertulis bahawa anda akan mengelak daripada mengeluarkan/menerbitkan kenyataan fitnah atau apa-apa kenyataan seumpamanya, dan,

MEMBAYAR GANTI RUGI kepada anak guam kami berkaitan semua kos dan perbelanjaan yang berbangkit daripada perkara ini.

"Sekiranya kami tidak menerima sebarang jawapan yang memuaskan berhubung perkara di atas, adalah dianggapkan bahawa anda tidak mempertikaikan dakwaan anak guam kami seperti yang dinyatakan dalam surat ini, dan, walau apa pun, bahawa anda berhasrat untuk terus menerbitkan kenyataan berunsur fitnah.


"Dalam perkara ini, kami menerima arahan yang tegas daripada anak guam kami untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda dan/atau ejen yang berkaitan dengan anda tanpa apa-apa rujukan selanjutnya kepada anda, termasuk memohon injunksi untuk menghalang sebarang penerbitan seperti itu lagi," menurut surat itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan