Semua Sekolah Di Seluruh Negara Dibuka Semula Esok, Kecuali Langkawi

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 8:12 PM

Mahdzir Khalid mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri di Kementerian Pendidikan pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua sekolah di seluruh negara yang ditutup selama dua hari bermula Isnin, akan dibuka seperti biasa, pada Rabu, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bagaimanapun, beliau berkata semua sekolah di daerah Langkawi diarah terus ditutup sehari lagi pada Rabu berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu yang masih tidak sihat.

Katanya, penutupan tersebut melibatkan 28 buah sekolah dengan sejumlah 18, 759 pelajar.

"Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan pejabat Pelajaran Daerah Langkawi perlu memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di daerah tersebut mengenai penutupan tersebut dengan segera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri di sini.

Mahdzir berkata semua Jabatan Pelajaran Negeri, sekolah di daerah tersebut dan jawatankuasa pengurusan sekolah di seluruh negara perlu terus memantau bacaan IPU.

Katanya, sekiranya berlaku peningkatan bacaan IPU ke tahap tidak sihat, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang ditetapkan kementerian.

Langkawi mencatatkan IPU tidak sihat iaitu pada bacaan 158 kira-kira pukul 7 malam Selasa.


Tags / Kata Kunci: jerebu , Mahdzir Khalid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan