Sampah 'Jiran' Berakhir Di Geopark Langkawi

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 10:58 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Botol syampu dengan label bertulisan Cina, bekas minuman dan pembalut makanan dengan tulisan Thai dan cawan mi segera dengan cara penyediaan bahasa Indonesia adalah sebahagian daripada apungan yang mencemari keindahan geopark di pulau ini.

Arus laut disebabkan lokasi kepulauan ini yang terletak di antara Selat Melaka dan Laut Andaman menyebabkan kawasan ini bernasib malang 'menerima' sampah yang dibuang ke dalam laut oleh negara-negara jiran.

"Di beberapa bahagian di taman ini seperti Teluk Dalam dan Pasir Panjang, hampir semua sampah yang terdampar datang dari Thailand atau Indonesia.

"Tiada apa yang boleh kita lakukan kecuali mengekalkan usaha pembersihan," kata Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Khairulnizam Abdul Ghalim.

Sampah itu jelas dapat dilihat selepas 1,200 sukarelawan keluar menelusuri kawasan Kilim Karst Geoforest Park yang berlekulasan 83km persegi itu.

Mereka menggunakan 100 buah bot diketuai oleh pegawai-pegawai tentera laut dan menghabiskan masa kira-kira tiga jam menelusuri pantai di pulau-pulau batu kapur, terowong sungai serta melalui kawasan paya bakau untuk memungut sampah.

Beberapa lagi bot telah digunakan untuk mengumpul beg sampah daripada para sukarelawan.

Hampir semua apungan sampah yang dikutip adalah bahan buangan plastik pelbagai bentuk dan ketulan polistirena, malah lampu dan tali kapal juga dipungut.

"Sukarelawan mengumpul 4.5 tan sampah yang mempunyai saiz kira-kira 20 meter padu," kata Khairulnizam.

Pembersihan itu dianjurkan oleh Kelab Rotary Langkawi dengan sokongan Lada, Wilayah Laut III Langkawi dan beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Khairulnizam berkata krew pembersihan Lada akan keluar setiap kali air pasang dan air berada di paras paling tinggi.

"Kami mengumpul lebih daripada 50 beg plastik besar sampah pada setiap masa."

Bergantung kepada arah angin, beliau berkata antara 30 dan 50 peratus daripada sampah dikutip adalah yang dibuang sama ada dari Thailand atau Indonesia.

Walau bagaimanapun, beliau menganggarkan bahawa 50 ke 70 peratus daripada sampah berasal dari negeri-negeri di utara Malaysia.

"Kami berharap mereka di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang menyedari bahawa apabila mereka membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam longkang, ada kemungkinan ia berakhir di sini.

"Ini adalah pulau batu kapur dan paya pakau yang tertua di negara ini dan semua rakyat Malaysia perlu membantu kami melindunginya."

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan