Pusat Tuisyen Mohon Maaf Pasang Banner Malukan Pelajar

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 3:37 PM

Adun Balakong, Eddie Ng (kiri) dan Low.

(Ubah saiz teks)

CHERAS: Sebuah pusat tuisyen di Sungai Long memohon maaf selepas mereka memasang poster 'memalukan ibu bapa dan pelajar tidak membayar yuran' di Cheras, Sungai Long dan Kajang.

Pengurus operasi pusat itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Low mengakui mereka bertindak 'keterlaluan' tetapi menegaskan bahawa permohonan maaf secara terbuka itu hanya dibuat untuk anak-anak, bukan ibu bapa mereka.

"Kami mengambil tindakan sedemikian kerana kita mahu ibu bapa membayar atau sekurang-kurangnya menjelaskan mengapa mereka tidak boleh membayarnya.

"Seminggu sebelum menaikkan banner, kita telah memberi amaran kepada mereka melalui panggilan dan SMS tetapi ibu bapa berkenaan tidak bertindak balas," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat DAP Balakong di Cheras, Selasa.

Banner itu mempunyai gambar kanak-kanak dengan kapsyen bahasa Mandarin yang berbunyi; "Hutang yuran tuisyen tapi enggan bayar! Adakah mereka berhak mendapat ibu bapa seperti itu?!"

Pusat tuisyen itu yang telah beroperasi selama lima tahun berkata dua ibu bapa berhutang lima bulan yuran kelas tambahan.

"Ada yang berhutang RM1,500 dan ada orang lain datang kepada kami memberitahu dia tidak mampu membayar yuran itu, jadi kita beri diskaun sebanyak RM600.

"Sudah banyak kali kita minta mereka bayar. Sebagai guru, kita cuba membantu tetapi mereka mengambil kesempatan. Kadang-kadang gaji dipotong kerana cuba membantu mereka," katanya sambil menambah ramai pelajar telah keluar dari pusat itu kerana ibu bapa tidak yakin dengan mereka.

Adun Balakong Eddie Ng berkata beliau campur tangan dalam isu ini apabila orang ramai memaklumkan kepadanya.

"Saya harap ia tidak berlaku lagi. Sebagai pendidik, mereka tidak perlu belajar daripada 'Ah long'," katanya.

Menurut Low, pusat tuisyen itu mengupah orang luar untuk menggantung banner itu.

Beliau mendakwa tiga poster dipasang di Cheras, tiga di Sungai Long dan tiga lagi di Taman Mulia, Kajang tempat di mana dua ibu bapa terbabit tinggal.


Walau bagaimanapun, apabila ditanya lanjut Low tidak boleh memberi jawapan pasti tentang berapa banyak banner telah dipasang.

Ng berkata Low pada mulanya memberitahu bahawa lapan banner dipasang pada petang Isnin tetapi memberikan jawapan berbeza hari ini.

"Saya tidak tahu berapa banyak. Mula-mula dia kata lapan, kemudian 15, 20 dan kini lapan.

"Apa pun, saya akan ambil yang paling tinggi dan akan minta Majlis Perbandaran Kajang menghantar 20 kompaun ke pusat tuisyen ini untuk dua puluh poster," katanya.

Low berkata pusat itu perlu membayar kompaun dan apabila ditanya sama ada beliau akan menggesa ibu bapa untuk membayar yuran yang tertunggak, dia berkata, "Kena lupuskan dan kami tidak akan menyuruh mereka bayar lagi," katanya.
Tags / Kata Kunci: pusat tuisyen , banner memalukan , Eddie Ng

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan