Butiran Rundingan TPPA Perlu Diperjelaskan Kepada Rakyat - Shafie Apdal

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 5:04 PM

Shafie Apdal.

Mohd Shafie Apdal.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Butiran mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dirumuskan baru-baru ini perlu diperjelaskan kepada rakyat Malaysia supaya mereka tahu bagaimana ia akan memberi kesan kepada orang ramai, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan seperti produk farmaseutikal berikutan TPPA dirumuskan pada Isnin.

"Saya yakin Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjelaskan butiran mengenai TPPA di Parlimen," katanya selepas berkunjung ke rumah mangsa kebakaran di Kampung Simunul, Semporna pada Selasa.

Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata beliau yakin Mustapa yang mengetuai Malaysia dalam rundingan tersebut di Atlanta telah melakukan yang terbaik untuk rakyat di negara ini.

Mustapa berkata rundingan tersebut bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.

Katanya, Malaysia tetap tegas bahawa TPPA tidak seharusnya menghalang akses orang ramai kepada ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan yang mampu milik, dan pada masa yang sama, memastikan insentif yang perlu untuk pencipta farmaseutikal menghasilkan ubat-ubatan baharu.

Malah, beliau amat yakin TPPA akan membolehkan Malaysia mempromosikan lagi agenda perdagangan dan pelaburan serta membantu mengurangkan cabaran ekonomi global.

"Pengeksport Malaysia akan mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing serantau dalam mengeksport produk dari sektor elektrik dan elektronik, bahan kimia, barangan minyak sawit, keluaran getah, barangan kayu, tekstil, dan juga bahagian dan komponen automotif," kata Mustapa.

Tags / Kata Kunci: Mohd Shafie Apdal , TPPA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan