MyEG Kemuka Representasi Bertulis, Lisan Kepada MYCC

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 11:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: My E.G.Services Bhd (MyEG) akan mengemukakan representasi bertulis dan representasi lisan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam tempoh yang ditetapkan sebagai pembelaan terhadap dakwaan oleh MyCC.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, MyEG berkata ia akan menyemak semula keputusan cadangan oleh MyCC dengan penasihat undang-undang dalaman.

Ia juga membuat penjelasan bahawa pada masa ini keputusan cadangan itu bukan muktamad.

MyEG merujuk kepada artikel yang disiarkan olah akhbar harian bertajuk 'MyCC to fine MyEG for RM307,000 for infringing Competition Act'. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MyEG , MyCC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan