Mustapa Diberi Mandat Runding Terma Perjanjian TPPA - PM

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menerusi laman Twitternya @NajibRazak pada Selasa, perdana menteri berkata beliau dan kabinet telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Mustapa untuk berunding terma-terma TPPA.

"Adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kepentingan ekonomi jangka panjang negara dipelihara dan pada masa yang sama, kepentingan domestik tidak dikompromi," kata beliau.

Sementara itu, Mustapa di dalam satu kenyataan semalam berkata TPPA yang dirumuskan baru-baru ini bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia termasuk pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.

Mustapa berkata butiran fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.

Belia turut memberi jaminan bahawa keputusan sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPPA akan menjadi keputusan secara kolektif.

"Sebaik sahaja teks rasmi perjanjian siap dan disediakan, ia akan dibawa kepada pengetahuan umum dan dibentangkan di Parlimen untuk dibahas. Kita juga akan mengadakan perundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan dan orang awam," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TPPA , Mustafa Mohamed

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan