Dalam Buaian Sudah Melabur

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 3:07 PM

Tuanku Lailatul Shahreen Akashah

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seramai 60 bayi menerima sumbangan berjumlah RM60,000 daripada Tabung Putra Petri Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis (YTSPP).

Bagi bayi yang beragama Islam, sumbangan dimasukkan dalam Tabung Haji sementara bayi yang bukan beragama Islam dilaburkan dalam Amanah Saham Gemilang, Amanah Saham Nasional Berhad.

Sumbangan disampaikan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di sini, Selasa. 

YTSPP mula memberi sumbangan sejak tahun lepas. 

Bayi-bayi tersebut merupakan bayi yang dilahir di Hospital Tuanku Fauziah  di sini antara 17 Mei hingga 17 Julai setiap tahun, sempena perayaan ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Setiausaha YTSPP, Datuk Johari Mohd Darus berkata, sumbangan berupa pelaburan asas kepada bayi-bayi berkenaan dengan ibu bapa mereka digalak untuk terus menyimpan dan melabur bagi pihak bayi mereka.

"Jika ibu bapa kepada bayi-bayi terbabit membuat simpanan dalam Tabung Haji, misalnya sebanyak RM30 sebulan, simpanan tersebut akan terkumpul hingga menjadi RM10,000 apabila bayi-bayi berkenaan berusia 18 tahun dan sudah boleh menunaikan fardu haji, berdasarkan jumlah perbelanjaan sekarang," katanya.

Beliau berkata Tabung Haji akan mendaftar nama bayi berkenaan dalam senarai nama bakal haji dan pelaburan itu tidak boleh dikeluarkan sehingga bayi berkenaan berumur 18 tahun ke atas.-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan