Lancar Pakatan Harapan, Kak Wan 'Kena Jawab' Dalam Mesyuarat MT Parti

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 10:07 AM

Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan berdepan masa yang sukar pada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti pada Ahad ini.

Mesyuarat itu dipanggil selepas 25 ahli Majlis Tertinggi menghantar petisyen bagi membincangkan tentang pelancaran spontan pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan oleh Dr Wan Azizah pada 21 September.

Pengumuman itu dibuat oleh Dr Wan Azizah selepas mesyuarat meja bulat melibatkan parti-parti pembangkang dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi membincangkan peranan pembangkang dan hala tuju yang bakal berlaku dalam politik negara.

Apa yang mengejutkan, salah seorang pengikut setia Dr Wan Azizah, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong, juga menandatangani petisyen itu, bersama Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Ahli Majlis Tertinggi terkenal lain yang menandatangani petisyen itu adalah Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei, Adun Kampung Medan Haniza Talha, Adun Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Sumber dalaman PKR berkata barisan pemimpin parti terkejut apabila Dr Wan Azizah melancarkan gabungan pakatan baharu itu tanpa membincangkannya di peringkat Majlis Tertinggi.

"Apa yang dibincangkan adalah, mesyuarat meja bulat itu akan menjadi perhimpunan awal untuk percambahan fikiran," kata sumber itu sambil menambah mengikut perancangan, beberapa perbincangan akan diadakan sebelum sebarang pengumuman atau keputusan mengenai masa depan pembangkang dibuat.

Petisyen yang ditandatangani pada 22 September itu menyatakan bahawa pelancaran Pakatan Harapan ini melanggar keputusan yang dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi PKR  pada 20 September.

"Kami terkejut dengan apa yang berlaku selepas mesyuarat meja bulat itu, kerana sebahagian daripada kami berpandangan PAS tidak boleh dikecualikan daripada pakatan pembangkang," kata sumber dalaman itu.

Tambahnya, kumpulan kecil pemimpin PKR juga mengesyaki bahawa pengumuman Dr Wan Azizah itu amat dipengaruhi oleh DAP.

Beliau berkata, PKR mesti kekal sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang dan ada yang tidak selesa apabila Dr Wan Azizah, selaku Ketua Pembangkang, mungkin gagal untuk mengekalkan pendirian ini kerana penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di penjara.

Salah seorang penandatangan petisyen, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mesyuarat Majlis Tertinggi pada 20 September telah menyokong usaha Dr Wan Azizah untuk mengadakan perbincangan meja bulat tetapi juga memutuskan bahawa tiada pengumuman dibuat.

"Mesyuarat memutuskan bahawa sebarang cadangan yang dibuat pada mesyuarat meja bulat akan dibincangkan lagi pada mesyuarat Majlis Tertinggi akan datang," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan