Tukang Kimpal Fasih Nyanyi Lagu Mandarin

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 11:56 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mohd Anuar Sabirin, 57, tidak bertutur atau memahami bahasa Cina tetapi boleh menyanyi lagu bahasa Mandarin dan Hokkien.

Dia yang berkerja sebagai tukang kimpal besi telah menyanyikan lagu-lagu Cina selama 30 tahun menjadi salah seorang di antara 16 peserta teratas dalam pertandingan nyanyian Astro Classic Golden Melody.

Kecintaannya kepada lagu-lagu Cina bermula sejak menyertai pertandingan karaoke di Kelantan pada tahun 1980-an.

"Setiap kali saya pergi karaoke, saya mendengar lagu-lagu Cina dan Inggeris kerana pada masa itu tidak ada pita lagu Melayu.

"Setelah mendengar lagu tersebut, saya tiba-tiba tertarik untuk menyanyikannya kerana saya tertarik dengan melodinya.

"Masa itu, tidak ada senikata atau sebutan rumi. Jadi saya akan membeli kaset dan akan mendengar lagu-lagu itu berulang kali dan menulis liriknya sendiri. Saya akan lakukan ini setiap hari.


"Saya masih ingat lagu pertama yang saya nyanyikan. Ia adalah lagu wo deng dao hua er ye xie liao (Saya menunggu sehingga bunga layu). Melodinya amat bagus," katanya.

Anuar, yang kini menetap di Raub, berkata dia akan menyanyi pada bila-bila masa dan akan memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk berlatih satu lagu dan untuk memperbaiki sebutannya.

Tetapi katanya, belajar satu lagu sahaja boleh mengambil masa sehingga enam bulan.

"Sukar untuk saya menghafal lirik dan kata-katanya. Saya akan berlatih setiap hari. Tetapi ada sesetengah orang mengatakan sebutan saya tidak berapa betul. Tetapi selepas beberapa percubaan, saya boleh membetulkannya,"katanya.

Untuk menyuntik 'perasaan' yang betul ke dalam persembahannya, Anuar sentiasa memastikan dia memahami lirik lagu yang dinyanyikannya.

"Seluruh Malaysia akan menangis apabila mereka melihat saya di televisyen kerana saya akan menyanyi dengan penuh perasaan," katanya.

Anuar berkata, dia akan sentiasa menghargai saat-saat pertandingan yang disertainya dan menganggap semua peserta sebagai keluarga sendiri.

"Saya juga bersyukur kerana program itu telah memberikan pendedahan diri saya, dan  saya telah bertukar daripada hanya Anuar, kepada Abang Anuar."

Sekarang kerjaya muzik semakin menghampirinya apabila Anuar berkata, bahawa dia akan terus berusaha untuk muzik yang diminatinya.

"Pada suatu hari, saya mahu mengeluarkan album saya sendiri. Saya mahu melakukan sesuatu yang berbeza. Mungkin, saya akan menggunakan melodi Cina tetapi lirik Melayu," katanya.

Anuar berkata dia telah menulis tiga buah lagu dan sedang mencari syarikat rakaman untuk menaja dirinya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan