Penutupan Sementara Lapangan Terbang Ambil Kira Jarak Penglihatan Juruterbang - DCA

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 9:45 PM

Azharuddin Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan hanya mengarahkan pembatalan penerbangan atau penutupan sementara sesebuah lapangan terbang akibat jerebu selepas mengambil kira pandangan juruterbang dan jarak penglihatan di darat dan udara.

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya  memantau keadaan jerebu itu dari semasa ke semasa, dan arahan berkenaan akan dibuat jika jarak penglihatan kurang daripada 500 meter.

"Penutupan sementara sesebuah lapangan terbang adalah mengikut keadaan semasa dengan mengambil kira jarak penglihatan.

"Selain itu, pandangan juruterbang mengenai jarak penglihatan juga diambil  kira kerana pandangan di darat dan udara berbeza," katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Isnin.

Menurutnya lapangan terbang yang dilengkapi dengan sistem moden dan canggih seperti Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) dan Radar Pergerakan Permukaan (SMR) memudahkan pesawat membuat pendaratan.

Sebagai contoh, katanya, pesawat-pesawat yang memasuki KLIA adalah lebih besar dan dilengkapi sistem canggih yang membolehkannya membuat pendaratan ketika keadaan berjerebu.

"Pesawat yang menggunakan Visual Flight Rules (Peraturan Penerbangan Visual) pula tidak boleh terbang ketika keadaan jerebu bertambah buruk," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas langkah menghentikan operasi  Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi lebih tiga jam hari ini berikutan jarak penglihatan rendah, menyebabkan beratus-ratus penumpang terkandas di terminal.

Malaysia Airports Berhad (Malaysia Airports) dalam Twitter mengumumkan penutupan landasan itu berkuat kuasa pada 8.20 pagi Isnin selepas jarak penglihatan tidak lebih daripada 500 meter dicatatkan akibat jerebu.

Malaysia Airports kemudian membuat satu lagi pengumuman pada 11.40 pagi yang membenarkan operasi penerbangan disambung semula berikutan jarak penglihatan yang lebih baik. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: penutupan , lapangan terbang , DCA , jerebu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan