IPTA/IPTS Perlu Pantau Tahap Jerebu Di Lokasi Masing-Masing - KPT

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 5:54 PM

Idris Jusoh

Idris Jusoh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta perlu memantau tahap keseriusan jerebu di lokasi masing-masing dan boleh membuat keputusan berkenaan penangguhan aktiviti akademik atau bukan akademik serta penutupan institusi berkenaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementeriannya mengambil maklum situasi jerebu yang sedang melanda negara yang boleh membawa kesan kepada kesihatan pelajar dan kakitangan di IPT.

"Kementerian juga sedang memantau keadaan menerusi pelbagai mekanisme, terutama parameter IPU, dari semasa ke semasa," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Idris berkata, IPT turut diminta menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan dalaman yang sewajarnya untuk rujukan pelajar dan kakitangan masing-masing.

"Kesihatan dan keselamatan pelajar dan staf haruslah diberikan keutamaan," katanya.

Kira-kira 7,000 sekolah di 11 negeri di Semenanjung Malaysia ditutup pada Ahad dan Isnin.


Tags / Kata Kunci: IPTA , IPTS , jerebu , Idris Jusoh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan