Dakwaan PAN 'Rampas' Bangunan Tak Benar - Faiz Fadzil

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 11:08 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keputusan pihak tertentu mengambil semula kemudahan yang sebelum ini diberikan kepada PAS tiada kaitan dengan Parti Amanah Negara (Amanah), kata Timbalan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu dilakukan atas kapasiti peribadi pemilik kemudahan itu.

"Jangan salahkan Amanah kerana ia hak individu untuk bertindak sedemikian.

"Bagi Amanah, tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada ahli atau mana-mana pihak untuk mengambil alih kemudahan atau markas yang sebelum ini digunakan PAS," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa PAN kini sedang menarik ahli dan merampas bangunan Pasti serta markas PAS.

Sehubungan itu, kata Faiz,  dakwaan mengatakan Amanah merampas bangunan berkenaan adalah tidak benar.

Mengenai dakwaan Amanah menarik ahli parti Islam itu, beliau berkata, perkara itu tidak timbul kerana matlamat utama penubuhan Amanah adalah untuk mengurangkan pergeseran politik.

"Sebab itu kita bawa haluan sendiri, manakala pembentukan Pakatan Harapan adalah untuk tumbangkan Barisan Nasional.

"Jadi seharusnya PAS bekerjasama dengan pakatan baharu ini, " katanya sambil menambah perbincangan terperinci akan diadakan dengan kepimpinan Pakata Harapan berkaitan agihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Katanya lagi, saingan tiga penjuru seharusnya dielakkan, sebaliknya  parti yang boleh menang di kawasan tertentu perlu diberi ruang untuk bertanding.

Tags / Kata Kunci: PAS , PAN

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan