Jerebu: Meteorologi Nafi Guna Bahan Kimia Kuat Untuk Pembenihan Hujan

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi menafikan mereka menggunakan bahan kimia yang lebih kuat dalam melakukan pembenihan awan ketika jerebu sekarang sehingga boleh menyebabkan hujan yang memberi kesan negatif kepada manusia.

"Kami tidak pernah menggunakan bahan kimia yang lebih kuat. Sebaliknya kami hanya menggunakan garam biasa yang tidak akan memberi sebarang kesan kepada manusia," kata Ketua Pengarah jabatan tersebut Datuk Che Gayah Ismail.

Mesej penggunaan bahan kimia disebarkan dalam bahasa Inggeris melalui aplikasi WhatsApp hari ini yang antara lain berbunyi: "Kawan-kawan dari TUDM memberi amaran mereka menggunakan bahan kimia yang lebih kuat untuk membuat hujan. Ini mungkin boleh menjejaskan kulit kita. Jadi tolong jangan berada di dalam hujan untuk beberapa hari ini dan jika terkena, bilas segera".

Che Gayah meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat palsu itu dan jangan menyebarkannya.

"Hujan asid hanya berlaku apabila bahan 'pencemar' yang terkandung dalam jerebu bertindak balas secara kimia dengan air hujan," katanya.

Sementara itu beliau berkata pembenihan awan kali ini akan difokuskan kepada Lembah Klang memandangkan kualiti udara di kawasan itu masih pada tahap tidak sihat.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Maznorizan Mohamad berkata pihak mereka sedang bersiap sedia untuk melakukan pembenihan awan.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , Meteorologi

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan