Militan Ugut Penggal Kepala Tebusan Malaysia Lambatkan Pergerakan Mereka - Berita Semasa | mStar

Militan Ugut Penggal Kepala Tebusan Malaysia Lambatkan Pergerakan Mereka

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 9:10 AM

Thien Nyuk Fun (kiri) dan Bernard Then Ted Fen yang diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di Ocean King Restaurant, Sandakan 14 Mei lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Militan Abu Sayyaf yang menjadikan dua rakyat Malaysia sebagai tebusan mengancam untuk memenggal kepala salah seorang daripada mereka jika bayaran tidak dibuat segera.

Ini kerana mereka perlu berpindah dari tempat persembunyian mereka berikutan tentera Filipina menggerakkan anggotanya secara besar-besaran di pulau Jolo.

Menurut sumber di Filipina dan Malaysia, kumpulan Abu Sayyaf sedang menghadapi tekanan daripada pihak berkuasa Filipina yang semakin hampir menjejaki mereka.

Justeru, kumpulan lelaki bersenjata itu menuntut bayaran tebusan dibayar segera kerana salah seorang daripada dua tebusan melambatkan pergerakan mereka.

Menurut sumber, pelancong Sarawak Bernard Then, 39, mengalami kecederaan di kaki dan tidak dapat melarikan diri bersama kumpulan lelaki bersenjata semasa operasi tentera di seluruh Jolo.

Then dan pengurus restoran Thien Nyuk Fun, 50, telah diculik di Ocean King Restaurant di Sandakan pada 14 Mei oleh kumpulan penculik Filipina.

Mereka kini menjadi tahanan di bawah sub-komander Abu Sayyaf, Indang Susukan yang menuntut 30 juta peso (kira-kira RM2.8 juta) untuk mereka dibebaskan.

Keluarga dua rakyat Malaysia itu telah menerima panggilan daripada kumpulan Abu Sayyaf, mengancam untuk memenggal kepala tebusan.

Walau bagaimanapun, keluarga tidak mampu mendapatkan wang itu dan mendapatkan bantuan daripada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak untuk membantu campur tangan dan menjamin kebebasan mereka.

Menurut sumber, keadaan menjadi kritikal terutama selepas dua warga Kanada, warga Norway dan warga Filipina telah diculik dari sebuah resort di Pulau Samal pada 21 September.

Mereka disyaki telah dibawa ke pulau Jolo walaupun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Sumber Filipina percaya bahawa mereka mungkin dibawa lari oleh komander Abu Sayyaf Al Habsi Misaya dan seorang lagi sub-komander dari keluarga terkenal, Sawajan yang mencetuskan ketegangan operasi keselamatan di pulau Jolo.

Walaupun mereka adalah dari kumpulan yang berbeza, mereka mempunyai kaitan dengan satu sama lain.

Operasi memaksa semua daripada mereka untuk bergerak dan melarikan diri, kata sumber, memetik bahawa Then telah melambatkan pergerakan mereka.

Pegawai Filipina masih belum dapat mengesahkan di mana rakyat Kanada dan Norway itu berada tetapi mereka telah mengesan bot ditinggalkan, dipercayai telah digunakan oleh penculik di sepanjang pantai kampung di Jolo.

Tidak seperti mangsa culik sebelum ini yang kebanyakannya disembunyikan di dalam hutan, sumber-sumber berkata kedua-dua rakyat Malaysia itu kini sedang bergerak sepanjang masa untuk mengelakkan penangkapan oleh tentera atau polis Filipina.
Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Bernard Then , Thien Nyuk Fun
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan