MIC Tetapkan 6, 7 November Mesyuarat Agung Tahunan Ke-68

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah dilanda krisis selama 10 bulan, MIC akhirnya bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC ke-68 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dekat sini pada 6 dan 7 November.

Presidennya Datuk Seri Dr S.Subramaniam dalam laman Facebook beliau berkata mesyuarat tahunan itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat itu yang sepatutnya berlangsung pada 13 dan 14 Disember tahun lepas ditangguhkan atas arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS), yang mengarahkan parti itu mengadakan mesyuarat tahunan selepas membuat pemilihan baharu bagi tiga jawatan naib presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) serta lapan bahagian.

RoS membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013 selepas menerima aduan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan.

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC A. Sakthivel ketika dihubungi Bernama hari ini berkata MIC menetapkan 18 Oktober ini bagi pemilihan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri parti itu.

Setakat ini, MIC telah mengadakan pemilihan peringkat cawangannya pada Julai, pemilihan jawatan Presiden pada 21 Ogos dan pemilihan peringkat bahagian pada September lepas.

Dr Subramaniam menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden MIC dalam pemilihan semula penggal 2013-2016. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: MIC

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan