Krisis Jerebu Harus Ditangani Di Peringkat Asean - Subramaniam

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 10:25 PM

Dr S. Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Malaysia perlu menggunakan status sebagai pengerusi Asean tahun ini, untuk menangani krisis jerebu yang melanda rantau ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Malaysia boleh membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat serantau supaya isu jerebu dapat diselesaikan.

Menurutnya, langkah yang terbaik bagi menangani krisis ini adalah menggunakan apa sahaja cara dalam rangka kerja Asean supaya ia dapat ditangani semua anggota pertubuhan itu.

"Krisis jerebu ini bukan perkara baru dan setiap tahun, Malaysia mengharapkan Indonesia menyelesaikan masalah ini, namun Indonesia gagal menanganinya.

"Masalah ini bukan masalah satu negara lagi, kita harus melihatnya sebagai masalah serantau dan Malaysia sebagai pengerusi boleh membawa perkara ini ke mesyuarat Asean supaya satu agenda dapat ditubuhkan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang di sini Isnin.

Beliau berkata krisis jerebu ini telah menjejaskan aktiviti harian beberapa negara serantau iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.

Subramaniam berkata program pelaksanaan bersama anggota serantau boleh dilakukan sekiranya isu ini telah dibawa dalam perbincangan peringkat Asean.

"Pandangan dan kerjasama di kalangan anggota Asean akan membantu dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.

Keadaan jerebu melanda negara beberapa hari lepas telah menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan pendaratan dan pelepasan penerbangan di lapangan terbang terjejas.

Sementara itu, Subramaniam berkata beliau masih belum menerima sebarang cadangan daripada penganjur Hari Sukan Negara untuk menangguh program tersebut.

"Mungkin penganjur masih mengharapkan cuaca akan baik dalam beberapa hari ini," katanya.

Hari Sukan Negara pada 10 Oktober ini, bakal diadakan Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun di seluruh negara, bagi meningkatkan kesedaran rakyat agar mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal cergas serta menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: jerebu , Asean

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan