Jerebu: Hujan Di Pulau Pinang Beri Sedikit Kelegaan

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Hujan yang turun di beberapa kawasan di negeri ini melegakan sedikit penduduk di Pulau Pinang dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) menunjukkan peningkatan kualiti.

Portal dalam talian Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bacaan IPU di stesen pemantauan kualiti udara di Prai bertambah baik dari bacaan 152 pada pukul 6 pagi, menurun kepada 147 pada pukul 8 pagi.

Stesen pemantauan di Seberang Jaya 2 juga mencatatkan perubahan dari 173 pada pukul 6 pagi kepada 167 pada pukul 8 pagi.

Sementara itu, stesen pemantauan di Universiti Sains Malaysia (USM) mencatatkan bacaan IPU 178 pada pukul 6 pagi dan turun kepada 172 pada pukul 8 pagi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100;sederhana, 101 hingga 200;tidak sihat, 201 hingga 300; sangat tidak sihat dan 301 dan ke atas adalah bahaya.
Tags / Kata Kunci: jerebu , IPU , Jabatan Alam Sekitar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan