Bekas Peguam Negara Bersara Dari Perkhidmatan Awam

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 10:16 PM

Abdul Gani Patail.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail secara rasminya bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan, sehari sebelum meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-60, iaitu umur persaraan wajib kakitangan awam.

Menurut sumber pada Isnin, Abdul Gani tidak melakukan "punch out", rutin terakhir bagi penjawat awam sebelum meninggalkan pejabat masing-masing.

Ini kerana Abdul Gani mengambil cuti sejak 27 Julai lalu.

Sumber berkata, tiada sebarang perancangan untuk mengadakan majlis rasmi untuk meraikan persaraan Abdul Gani.

Abdul Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun bermula pada Januari 2002 sebelum perkhidmatannya ditamatkan secara mengejut pada 27 Julai lalu.

Laporan sebelum ini memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai berkata penamatan tugas Abdul Gani adalah disebabkan masalah kesihatan.

Namun, Abdul Gani dilaporkan terkejut dengan pengumuman tersebut.

Beliau terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

Jawatan beliau digantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkuat kuasa pada 27 Julai lalu.

Terdahulu, Abdul Gani mengetuai Pasukan Siasatan Khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Perdana Menteri membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara kes berprofil tinggi yang dikendalikan beliau adalah kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Abdul Gani memulakan kariernya pada 15 April 1980 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu dan selepas lima tahun, beliau dilantik sebagai Peguam Kanan Persekutuan untuk Sabah pada 1985.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua bahagian pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pada 16 Januari 1994.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan