19 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 7 Malam Ini

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 8:00 PM

Sekumpulan kanak-kanak menyerkap ikan di sawah padi meskipun dalam keadaan cuaca yang diselubungi jerebu dengan indeks pencemaran udara Tidak Sihat dengan catatan 132 di sekitar Alor Setar pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam Isnin, demikian menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kawasan itu adalah Pasir Gudang (107), Alor Setar (116), Sungai Petani (118), Langkawi (152), Bandaraya Melaka (117), Bukit Rambai (114), Port Dickson (111), Jalan Tasik, Ipoh (103), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (122), Kampung Air Putih, Taiping (119) dan Seri Manjung (123).

Turut mencatat bacaan IPU dalam kategori sama ialah Kangar (110), Perai (110), Seberang Jaya 2, Perai (123), Universiti Sains Malaysia (128), Banting (102), Kuala Selangor (112), Pelabuhan Klang (107) dan Shah Alam (107).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: jerebu , IPU , tidak sihat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan