15 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 11:15 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Universiti Sains Malaysia  dan Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang merupakan antara 15 kawasan yang setakat 9 pagi Isnin, mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Kedua-dua lokasi itu masing-masing dengan IPU 168 dan 164.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, hampir semua daripada 15 kawasan itu mencatat penurunan IPU berbanding malam tadi, namun masih berada pada tahap tidak sihat.

Kawasan lain ialah Kg Air Putih, Taiping (156); Alor Setar (152), Perai (144); Bakar Arang, Sg. Petani (143); Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (140), Seri Manjung (134) dan Langkawi (131).

Turut mengalami IPU dalam kategori serupa ialah Kangar (125); Jalan Tasek, Ipoh (116) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (103).

Sejumlah 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Kuala Selangor dan Bandaraya Melaka masing-masing dengan bacaan IPU 99, diikuti Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang (masing-masing 97), Shah Alam (96); Putrajaya (94); Banting (93); Port Dickson dan Tanah Merah (masing-masing 92).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: IPU , Jerebu

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan