Hanya RM5 Tumpang Teksi Jarak Dekat

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkhidmatan teksi untuk penumpang perjalanan jarak dekat untuk bayaran tetap kini semakin mendapat sambutan di kalangan warga Lembah Klang.

Tumpang adalah aplikasi di mana penumpang hanya membayar RM5 untuk perjalanan sejauh tiga kilometer.

"Perkhidmatan ini bukan untuk menggantikan bas henti-henti atau teksi sedia ada.

"Ia perkhidmatan baharu yang duduk diantara kedua-dua perkhidmatan pengangkuatan awam sedia ada kerana lebih murah daripada teksi dan selesa berbanding bas," kata pengasas bersama Tumpang, Dhillon Kannabhiran kepada The Star.

Tambah beliau, Tumpang diwujudkan bagi menangani masalah yang dihadapi penumpang yang memerlukan pengangkutan untuk jarak dekat, misalnya dari rumah ke stesen LRT atau bas.

Tidak seperti aplikasi lain, Tumpang dibahagikan kepada zon di mana penumpang boleh memilih untuk diambil dan diturunkan di lokasi tertentu pada harga RM5.

Bagi yang menempah untuk perkhidmatan berganda juga berpeluang mendapat potongan harga di mana perjalanan dengan dua penumpang pada kos Rm8, manakala berkumpulan seramai empat penumpang dengan hanya RM15.

Bagi menempah perkhdimatan teksi Tumpang, penumpang perlu mendaftar dan membeli kredit pra bayar sekali gus bermakna tiada urusniaga tunai antara pemandu dan penumpang.

Tumpang kini beroperasi di tiga zon iaitu Cyberjaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsa dengan 35 pemandu keseluruhannya.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung perkhidmatan ini, layari just.tumpang.la.


Tags / Kata Kunci: Tumpang , teksi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan