Songket, Batik Malaysia Curi Perhatian Ramai Pada Pertunjukan Fesyen Milan

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 4:29 PM

Rosmah menyampaikan Anugerah Sepanjang Hayat kepada Jimmy Choon pada pertunjukan fesyen di Milan.

(Ubah saiz teks)

MILAN: Reka bentuk songket dan batik Malaysia yang begitu halus seni tenunan dan rekaannya telah mencuri perhatian ramai dalam satu pertunjukan pada Sabtu di bandar raya fesyen Milan.

Lima pereka fesyen Malaysia Datuk Radzuan Radziwill, Bon Zainal, Hazree Wahid. Carven Ong, Jantinque dan Qudyn mempamerkan keindahan koleksi musim bunga/musim panas 2016 mereka dalam pertunjukan fesyen bertajuk "Enchanting Elegance" (Keanggunan yang Mempesonakan).

Mereka adalah di antara 17 pereka fesyen Malaysia yang mengambil bahagian dalam misi pemasaran lima hari secara khusus bagi sektor kreatif dan seni reka sempena dengan Ekspo Milano 2015 di sini.

Ekspo itu bermula pada Jumaat anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Tourism Malaysia bagi mempromosi hasil kerja kreatif pereka Malaysia melalui fesyen, kasut dan tas tangan daripada fesyen mewah dan sedia dipakai.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semasa merasmikan pertunjukan fesyen itu berkata Fesyen Malaysia - Keanggunan Mempesonakan itu adalah bagi mempamerkan warisan dan tekstil unik Malaysia dalam fesyen.

"Kami gembira untuk berkongsi dengan anda kreativiti Malaysia dalam pengadunan tradisi dengan konsep dan teknik moden melalui reka bentuk menggunakan fabrik unik batik dan songket Malaysia," katanya.

Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, yang juga penaung Yayasan Tuanku Nur Zahirah, sebuah pertubuhan yang terlibat antara lain bagi mencergaskan semula industri tenunan songket, bekerjasama dengan Radzuan dalam pertunjukan fesyen, menyempurnakan acara itu.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan bekas presiden Camera Della Moda, Mario Boselli adalah antara tetamu yang hadir.

Rosmah berkata pameran itu juga sejajar dengan tema ekspo itu yang menggalakkan kelestarian, manakala batik dan kain songket dimodenkan, ciri-ciri tradisional uniknya dipulihara bagi generasi akan datang, menikmati dan menghargainya.

"Industri fesyen adalah contoh tipikal bagaimana industri dan perkhidmatan perlu berinovasi dan menggunakan teknologi moden supaya dapat bersaing dengan permintaan pengguna yang sentiasa berubah.

"Mungkin tiada sektor lain berkembang maju menghadapi perubahan zaman berbanding industri fesyen. Hal ini berlaku terutamanya kerana fesyen wujud dalam budaya kita dan manusia sentiasa kagum dengan mereka yang mempunyai cita rasa untuk berfesyen," katanya.

Rosmah berkata terdapat juga kemunculan pereka fesyen lebih muda dan berbakat di Malaysia yang membawa konsep rekaan baharu dan menarik kepada penduduk tempatan dan juga pasaran fesyen global.

Walaupun masyarakat antarabangsa sudah biasa dengan pereka fesyen Malaysia yang terkenal seperti Jimmy Choo, Zhang Toi dan Bernard Chandran, beliau berharap fraterniti fesyen Milan akan terpesona dengan idea-idea inovatif dan kreativiti pereka fesyen Malaysia yang lain dalam mengubah fabrik tradisional berseri Malaysia kepada busana anggun serta sedia dipakai.

"Dan malam ini, kami mahu anda ingat bagaimana fabrik tradisional batik dan songket telah berubah menjadi pakaian moden dan elegan untuk semua majlis," katanya.

Rosmah juga berkata setiap fabrik mempunyai cerita tersendiri dan batik adalah satu teknik percetakan fabrik menggunakan lilin untuk pemisahan warna yang telah wujud sejak abad ke-15.

"Teknik ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja. Apa yang membezakan batik Malaysia dengan yang lain adalah motif dan warnanya yang dipengaruhi mengikut tempat, sejarah dan kepelbagaian kebudayaan.

"Reka bentuk ini dapat dikesan sehingga kepada 'Tree of Life' zaman purba, wawasan kerohanian dunia yang dipenuhi makhluk hutan hujan. Batik Malaysia merangkumi seni halus buatan tangan yang sempurna dan dihidupkan dalam fesyen yang boleh digayakan. Setiap pasang batik adalah unik dan tidak ada dua pasang yang benar-benar sama," katanya.

Beliau berkata songket adalah tekstil Melayu yang unik yang berasal dari proses sungkit atau seni menyulam benang emas sutera halus ke dalam asas kain berwarna dalam pewarna semula jadi.

Pada penglihatan, ketelitiannya memang menakjubkan, kaya dengan tradisi seni tenunan tangannya yang berjalin-jalin dan kompleks dan diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain.

Fabrik ini adalah karya seni yang mempamerkan kemahiran dan bakat penenun Malaysia, katanya.

Sementara itu, proses pembuatan batik dan menenun songket juga dipamerkan semasa pertunjukan fesyen.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan Anugerah Sepanjang Hayat kepada Datuk Jimmy Choo, yang telah menjadi contoh kepada pereka muda.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: batik , songket , Milan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan