Sistem Parol Bebaskan 10,664 Banduan Sejak 2008

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 1:54 PM

Salah seorang banduan yang dibebaskan menerusi sistem parol bersyukur diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 10,664 banduan dibebaskan menerusi pelaksanaan sistem parol sejak ia diperkenalkan pada Jun 2008.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu daripada 11,344 yang diawasi menerusi program itu.

"Jumlah itu adalah antara 30 Jun 2008 hingga 21 September.

"Setakat ini, didapati sistem berkenaan memberi impak positif. Bukan sahaja kerajaan dapat mengurangkan kos, malahan bekas banduan juga diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan di luar penjara," katanya pada majlis perasmian program U-Turn terbitan TV Alhijrah dan Kementerian Dalam Negeri.

Ahmad Zahid berkata, hanya 0.53 peratus daripadanya gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan dan dihantar semula ke penjara.

"Kadar banduan yang mengulangi kesalahan atau residivis juga menurun daripada 38 peratus kepada 7.6 peratus sepanjang tujuh tahun," katanya.

Sistem parol membolehkan banduan dibebaskan lebih awal dan melalui proses pemantauan selain perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk tempoh tertentu.



Tags / Kata Kunci: parol , Ahmad Zahid Hamidi , penjara

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan