Sekolah Tutup Akibat Jerebu Tak Perlu Ganti Sesi Persekolahan - Mahdzir Khalid

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 6:41 PM

Mahdzir Khalid (kiri) menolong melekatkan notis penutupan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Kedah, Ahad. Beliau juga mengumumkan semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak ditutup dua hari bermula Isnin (5 Oktober) berikutan keadaan paras jerebu yang buruk di negeri-negeri berkenaan. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekolah-sekolah yang ditutup akibat keadaan jerebu tidak perlu menggantikan sesi persekolahan mereka, kata Menteri Pendidikan, Datuk seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, keputusan itu diambil supaya tidak membebankan pihak pengurusan sekolah menggantikan sesi penutupan tersebut.

Bagaimanapun, semua guru yang terlibat agar mempercepatkan serta menggunakan budi bicara masing-masing bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat diselesaikan dalam tempoh sssi persekolahan 2015, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau turut memaklumkan peperiksaan awam akan tetap diteruskan mengikut jadual sekiranya keadaan jerebu masih berpanjangan.

Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan bermula 12 hingga 15 Oktober ini, Sijil Pelajaran Malaysia (2 Nov hingga 8 Disember), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari 19 hingga 27 Oktober.

"Peperiksaan adalah aktiviti yang berlaku di dalam bangunan dan tidak dianggap sebagai aktiviti luar. Justeru, peperiksaan akan diteruskan walaupun sekolah ditutup setelah bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) mencapai lebih daripda 200," katanya.

Mahdzir berkata, penangguhan peperiksaan awam adalah pilihan terakhir sekiranya bacaan IPU mencapai 500 iaitu tahap berbahaya kepada kesihatan dan darurat diisytiharkan oleh kerajaan.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan telah menutup sejumlah 4,561 buah sekolah dari sembilan negeri melibatkan 2,617,432 murid kerana bacan IPU mencecah bacaan tidak sihat dan sangat tidak sihat sejak 15 hingga 30 September lepas. 

Beliau berkata, sembilan negeri yang terlibat itu ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrjaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Sarawak dan Perak.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan jerebu dan tidak akan berkomproni dengan mana-mana perkara yang boleh memudaratkan kesihatan murid-murid.

Tags / Kata Kunci: jerebu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan