Kaji Selidik Dapati Pemandu Malaysia Tak Gembira

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 8:29 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemandu di kalangan rakyat negara ini dikenal pasti antara yang paling tidak gembira di dunia iaitu pada kedudukan ke-27 daripada 32 negara yang tersenarai dalam kaji selidik aplikasi navigasi dan trafik Waze.

Situasi ini berlaku walaupun negara mempunyai antara jalan raya terbaik di dunia.

Ia tercatat dalam Indeks Kepuasan Pemandu Global (GDSI) yang diterbitkan pada 29 September lalu  di mana Waze menilai pengalaman pemandu membabitkan 50 juta pengguna daripada 32 negara dan 167 kawasan metro.

Kedudukan negara berkenaan disenaraikan berasaskan markah antara 10 untuk kepuasan dan paling rendah untuk sedih.

Berdasarkan kaji selidik itu, Belgium menduduki tangga teratas dengan 8.2 markah, manakala Indonesia ditempat tercorot iaitu 2.0 markah.

Bagi Malaysia pula, dengan adanya sistem jalan raya yang baik, kedudukannya sama seperti di Britain iaitu 7.4 markah bagi indeks jalan berkualiti dan menempatkan mereka pada tahap ke sembilan.

Kedudukan Malaysia bagaimanapun lebih baik berbanding Indonesia (7.3), Amerika Syarikat (7.2) dan 7.1 bagi Perancis.

Kaji selidik itu juga menunjukkan Malaysia kekurangan tempat meletak kereta serta akses untuk stesen petrol yang mendapat markah serendah 1.4, sekali gus meletakkan negara ini ditangga ke-27.

Filipina mendahului carta bagi kategori ini dengan markah penuh, manakala Indonesia sekali lagi ditempat paling rendah iaitu 1.0 markah.

Malaysia dengan 7.1 markah untuk pemanduan selamat dan meletakkan negara ini pada kedudukan ke-23.

Selain itu, Malaysia juga ditahap ke-14 dengan 6.6 markah untuk indeks sosio ekonomic yang mengambil kira akses untuk memiliki kereta dan impak kepada harga minyak.

Bagaimanapun, Malaysia tidak tersenarai dalam indeks trafik Waze di mana Filipina mendapat markah terendah 0.4, manakala Belanda tertinggi iaitu 8.1.

Keseluruhannya, Malaysia ditempat ke-17 dengan 5.1 markah bagi indeks kepuasan Waze selepas mengambil kira purata markah semua enam kategori.



Tags / Kata Kunci: Malaysia , Waze , pemandu

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan