Pantau Tahap Kesihatan Semasa Musim El Nino, Jerebu

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 9:30 AM

Nelayan Kuantan tetap turun menangkap ikan demi sesuap nasi walaupun dalam keadaan jerebu menyelubungi ruang udara.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai hendaklah sentiasa memantau tahap kesihatan mereka berikutan jerebu rentas sempadan dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang melanda negara pada masa ini, yang dijangka bertambah buruk akibat cuaca kering ekoran fenomena El Nino.

Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Kelestarian Persekitaran Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff berkata walaupun fenomena El Nino berada di peringkat sederhana, ia diramal berlanjutan sehingga Mac depan dan boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia.

"Fenomena El Nino menyebabkan cuaca kering tidak dapat memulihkan situasi jerebu yang wujud ekoran terhadnya penurunan hujan. Ini menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan berkaitan udara yang tercemar dan mudah masuk ke dalam saluran pernafasan kita," katanya kepada Bernama.

Abdull Rahim berkata perubahan iklim sekeliling memberi kesan pada keseimbangan alam, menimbulkan gangguan ekosistem dan menjejaskan pengeluaran makanan dan boleh mengakibatkan gejala penyakit seperti demam denggi.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik, menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.

Abdull Rahim berkata situasi jerebu diramal berterusan sehingga Disember berikutan pengaruh fenonema El Nino iaitu cuaca kering dan tiada hujan di kawasan punca kebakaran di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, menyukarkan proses pemulihan.

Beliau berkata buat masa ini tiada hujan turun di negara jiran terutamanya di tempat titik panas dan kawasan kebakaran.

"Walaupun hujan turun dan kita melakukan pembenihan awan di sini, asap jerebu masih ada kerana angin menolaknya ke sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Datuk Che Gayah Ismail berkata keadaan jerebu memang diramalkan semakin pulih kerana taufan Dujuan yang telah lenyap di China Selasa lalu, namun perubahan angin di Sumatera dan Kalimantan yang sepatutnya ke Indonesia telah berpatah balik menyebabkan Malaysia terus mendapat jerebu.

Bagaimanapun, katanya pihaknya menjangkakan keadaan itu mungkin sedikit baik apabila terdapat angin monsun dari arah timur laut yang dapat membuatkan cuaca menjadi lebih baik sekali gus membantu mengurangkan asap jerebu.

Che Gayah berkata monsun timur laut dijangka bermula pada minggu pertama atau kedua November dan akan berakhir pada minggu kedua Mac 2016. 

Pada tempoh itu sebanyak empat atau lima episod hujan lebat monsun akan berlaku dengan hujan lebat menyeluruh melebihi tiga hari.

"Hujan berepisod ini boleh mengakibatkan banjir dengan hujan lebat pertama dijangka berlaku pada minggu ketiga atau keempat November, namun keadaan itu tidak akan memungkinkan banjir peringkat ekstrem seperti tahun lalu," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan