Jangan Salahkan Pakatan Harapan Punca Pergolakan Pembangkang - Amanah

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 7:24 PM

Salahuddin Ayub.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan tidak boleh dipersalahkan di atas perselisihan antara parti-parti pembangkang, kata Salahuddin Ayub.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, terdapat pihak yang menunding jari terhadap pembentukan pakatan baharu yang menjadi punca pertikaian di kalangan pemimpin pembangkang.

"Menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah, adalah merupakan sikap yang terbelakang kerana ia tidak akan membawa apa-apa perubahan positif," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembentukan Pakatan Harapan boleh menyebabkan perpecahan antara PKR kerana pemimpinnya berikutan para pemimpinnya tidak bersetuju dengan tindakan membentuk Pakatan Harapan dengan keadaan tergesa-gesa.

Satu mesyuarat tergempar oleh PKR akan dijadualkan pada minggu depan sekiranya Pakatan Harapan perlu dibentuk sekarang atau terus mengadakan rundingan dengan PAS.

PAS sebelum ini telah menjelaskan bahawa ia hanya akan bekerjasama dengan PKR, dan bukannya DAP ataupun Amanah.

Salahuddin bagaimanapun berkata, pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti-parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

"Amanah sebagai pemain baharu di persada politik tanah air akan sentiasa melakukan pembaikan diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam Pakatan Harapan.

"Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak melakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar Pakatan Rakyat yang menjadi aspirasi rakyat ini," kata Salahuddin.

Tags / Kata Kunci: Amanah , Pakatan Harapan , Salahuddin Ayub

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan