Landasan Kapal Terbang Dibuka Semula

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PETALING JAYA: Landasan di tiga lapangan terbang yang terpaksa ditutup berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk pada pagi Ahad, kata Malaysia Airports Berhad (MAB) dibuka semula.

Semua lapangan terbang berkenaan dibuka masing-masing pada pukul 9 pagi dan 11.20 pagi.

Terdahulu, menerusi beberapa tweet, MAB berkata, lokali yang terjejas adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang; Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

MAB berkata, tahap ketampakan turun kepada 350 meter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 6.35 pagi.

"Landasan lapangan terbang diisytiharkan ditutup sehingga dimaklumkan nanti. Semua penumpang dinasihatkan supaya memeriksa dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk jaduan penerbangan terkini," katanya.

MAB juga berkata, ketampakan pada 500 meter direkodkan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Sultan Azlan Shah masing-masing pada 7.20 pagi dan 7.30 pagi.

Bagaimanapun katanya, operasi berjalan seperti biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

"Jarak ketampakan di KLIA dan KLIA2 dilaporkan 1000meter pada pukul 8 pagi ini.

"Bagaimanapun, semua penumpang masih dinasihatkan supaya memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual penerbangan terkini mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: landasan kapal terbang , jerebu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan