Jerebu: UPKK, UPSRA Pada Isnin, Selasa Ditangguh

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 5:29 PM

Pemandangan bandaraya George Town kabur akibat jerebu yang melanda Ahad. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5 dan 6 Oktober), ditangguhkan ekoran pengumuman penutupan semua sekolah di beberapa negeri oleh Kementerian Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan jabatan itu di seluruh negara bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) pada 2.30 petang Isnin, dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) pada Selasa, adalah ditangguhkan. 

"Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baharu bagi pelaksanaan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.

"Pelaksanaan peperiksaan pada Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau juga menyarankan kepada semua agensi bertanggungjawab melaksanakan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) mengambil tindakan segera memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan itu kepada setiap pihak terlibat.

Selain itu, Othman berkata, JAKIM juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan UPSRA pada Isnin dan Selasa ini, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan.

"Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan ditunda kepada Isnin dan Selasa depan (12 dan 13 Oktober).

"Bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada Kementerian Pendidikan," katanya. 

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan bahawa semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan, diarah tutup dua hari bermula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di negeri-negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, kementerian akan memantau setiap jam keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Tags / Kata Kunci: Jakim , Othman Mustapha , jerebu

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan