Undang-Undang Baharu Perdagangan, Pemindahan Organ Digubal

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 7:48 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pejabat Peguam Negara sedang meneliti perundangan baharu bagi melarang perdagangan dan pendermaan organ di kalangann penyumbang hidup di dalam dan luar negara.

Cadangan penggubalan Akta Pemindahan Tisu dan Organ ini menyasarkan kegiatan dagangan organ dan pemindahannya secara tidak sah terutama buah pinggang pada harga sehingga RM500,000.

Ketua Unit Bahagian Pembangunan Kesihatan, Dr Hirman Ismail berkata, setakat ini tiada rakyat negara ini yang dikesan menjual organ.

Bagaimanapun, katanya, ada kes di mana pesakit Malaysia yang ke luar negara untuk membeli organ tertentu.

Sehubungan itu, bagi menghalang urus niaga sedemikian, Rang Undang-Undang Pemindahan Tisu dan Organ sedang digubal untuk tindakan lanjut.

Setakat ini,penggubalan akta itu bagi menggantikan Akta Tisu Manusia 1974 yang memperuntukan pendermaan organ hanya membabitkan penyumbang yang telah meninggal dunia tanpa menyebut urus niaga perdagangan organ.

"Sebab itu kita perlukan peruntukan undang-undang untuk memastikan pendermaan organ di kalangan penyumbang yang masih hidup untuk mengelak kegiatan pemerdagangan organ.

Kata Dr Hirman, perdagangan organ adalah haram di negara seperti China, selain bertentangan dengan Prinsip Asas Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkaitan Pemindahan Organ, Tisu dan Sel Manusia.

"Kita tidak boleh menghalang pesakit untuk ke luar negara bagi menjalankan pemindahan organ , bagaimanapun orang ramai perlu sedar risiko untuk memilih langkah itu, termasuk dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa asing," katanya.

Katanya lagi, pesakit sepatutnya menerima penderamaan organ di kalangan penyumbang yang juga ahli keluarga mereka atau pasangan masing-masing dan ia boleh dijalankan di dalam negara.

Selain itu, bagi kes di mana penderma bukan di kalangan keluarga atau pasangan, kes perlu dirujuk kepada jawatankuasa pemindahan yang bebas untuk diteliti.




Tags / Kata Kunci: organ , Dr Hirman Ismail , buah pinggang

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan