Tun M Selar Tajuddin Isu 'Lempang' - Berita Semasa | mStar

Tun M Selar Tajuddin Isu 'Lempang'

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 11:36 PM

Tajuddin Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung kenyataan 'lempang' dengan menyifatkan ia adalah mudah untuk menjadi berani apabila seseorang itu dalam kedudukan yang berkuasa.

"Dia mahu lempang? Lempanglah! Adalah sangat mudah untuk bercakap macam tu bila anda mendapat sokongan daripada seluruh kerajaan... anda begitu berani!

"Bila anda di luar sana, anda akan faham kesannya dan anda akan tahu untuk takut dan berfikir dua kali sebelum mengeluarkan perkataan seperti itu," kata bekas perdana menteri itu pada sidang media sempena Majlis Hi-Tea bicara politik bertajuk 'Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa' anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan.

Pada Khamis lalu, Tajuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak memberi amaran kepada orang Cina supaya tidak mengadu mengenai kerajaan kepada pihak luar dengan harapan mendapat pembelaan.

Tambahnya, rakyat Malaysia bertindak seperti itu sepatutnya dilempang.

Bagaimanapun Tajuddin kemudiannya berkata, beliau menafikan menggunakan perkara seumpama itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan