Tindakan Tegas Terhadap Hotel Haram Di P.Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 2:25 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan mengetatkan kawalan ke atas pengusaha hotel tidak berlesen bermula minggu depan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata sejumlah 22 hotel baharu yang tidak berlesen di pulau itu telah dikenal pasti.

"Pertama, kita akan bertindak terhadap pengusaha hotel baharu yang menyalahi undang-undang," kata beliau sambil menambah peringkat seterusnya adalah tindakan terhadap hotel-hotel lama yang tidak berlesen berjumlah kira-kira 29 buah.

Peringkat ketiga dan keempat, yang akan bermula pada bulan November 2016, adalah terhadap pengendali yang tidak mengemukakan pelan bangunan mereka dan mereka yang pelan bangunannya telah ditolak.

Chow berkata hotel dengan lesen sementara boleh memperbaharui lesen mereka untuk tempoh setahun lagi.

"Hotel, motel dan hostel dengan lesen sementara perlu mengemukakan pelan bangunan mereka sebelum 31 Oktober untuk pembaharuan lesen mereka pada kadar yang lama.

"Mereka perlu membayar tiga kali ganda jika mereka gagal untuk menyerahkannya dalam tempoh itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Komtar, Jumaat.

Chow berkata peraturan itu perlu kerana sebarang kejadian yang tidak diingini di hotel-hotel yang tidak berlesen boleh menggugat kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Tahun lepas, kerajaan yang mentadbir memutuskan mengeluarkan lesen sementara di kawasan perniagaan pada kadar RM2,400 untuk hotel dan RM1,200 untuk hostel dan motel, dalam usaha untuk mengawal selia kewujudan hotel-hotel tidak berlesen.
Tags / Kata Kunci: hotel haram , Chow Kon Yeow

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan