Najib Lancar Sambutan Hari Malaysia Di Ekspo Milano 2015

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 8:24 PM

Najib berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran Expo Milano ketika melawat Expo Milano 2015 di Milan, Itali pada Sabtu.
 Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

MILAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan sambutan Hari Malaysia di Ekspo Milano di sini, Sabtu.

Sambutan itu, dianjurkan oleh penganjur ekspo untuk negara-negara yang mengambil bahagian dalam ekspo terbesar di dunia itu yang diadakan setiap lima tahun sekali, turut dihadiri Menteri Alam Sekitar, Daratan dan Laut Itali Luca Galletti.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Najib dalam ucapannya berkata, Pavilion Malaysia di ekspo itu, dalam bentuk empat biji benih, mencerminkan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara, untuk mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonomi secara inovatif, mampan dan mesra alam sekitar.

Beliau juga berkata, reka bentuk itu diilhamkan daripada biji benih yang terdapat di hutan hujan Malaysia, yang merupakan sebahagian penting kekayaan biodiversiti negara, daripada hutan-hutan  dara sehingga pulau-pulau indah, kawasan tanah tinggi yang dingin dan ekosistem yang mewujudkan banyak flora dan fauna unik.

"Biji benih merupakan lambang pertumbuhan, menandakan permulaan sesuatu perjalanan, dan potensi yang terdapat di dalamnya. Bentuk lengkungan pada bangunan itu dan corak anyaman pada strukturnya mencerminkan kebolehan dan kedinamikan negara," katanya dan menurutnya ia direka oleh firma arkitek tanah air.

Katanya, pavilion itu dibina menggunakan kayu balak yang dilekatkan dengan gam dan dikeluarkan daripada sumber mampan tempatan, dan mempamerkan keupayaan Malaysia dalam rekaan dan penggunaan bahan inovatif.

"Pavilion ini juga menonjolkan ciri sosial, kebudayaan, etnik, agama, bahasa dan malah kepelbagaian kulinari Malaysia," katanya.

Najib berharap penyertaan Malaysia pada ekspo kali ini akan memberikan peluang kepada negara untuk menunjukkan kepada Itali dan kepada Eropah tentang apa Malaysia sebenarnya.

"Malaysia ialah sebuah negara perdagangan, dan antara sektor yang ditumpukan kami di sini di Milan adalah teknologi hijau, tenaga, pembuatan dan perkhidmatan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan