Penanda Aras Jerebu Di Malaysia Selaras Dengan Ketetapan WHO

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 5:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Penanda aras yang digunakan Malaysia dalam mengukur kualiti udara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ketika ini adalah selaras dengan apa yang yang diguna pakai di seluruh dunia, sebagaimana yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, orang ramai tidak seharusnya membuat perbandingan dengan Singapura dalam menentukan soal penanda aras ini, kerana penanda aras sejagat sudah sedia ada.

Beliau berkata, berdasarkan saiz, Singapura mungkin tidak memerlukan stesen pengawasan IPU yang banyak, sedangkan Malaysia yang ketika ini memiliki lebih 50 stesen, masih merasakan jumlah itu belum mencukupi.

Menurutnya, kerajaan faham bahawa parameter yang digunakan ketika ini adalah berdasarkan habuk halus bersaiz kurang daripada 10 mikrometer (PM10) berbanding 2.5 mikrometer (PM2.5) yang digunakan Singapura, namun langkah-langkah menangani jerebu, khususnya dalam soal yang berkaitan penjagaan kesihatan orang ramai semasa negara menghadapi jerebu, tidak pernah dikompromi.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sarawak 2015 di Dewan Hikmah di sini petang Sabtu, beliau berkata, di Malaysia apabila bacaan IPU mencapai 100, orang ramai sudah diminta berjaga-jaga, apabila mencecah 150 aktiviti pembenihan awam sudah mula dilaksanakan, dan apabila mencapai 200, sekolah-sekolah dinasihati supaya menangguhkan sesinya.

Wan Junaidi berkata, lain halnya dengan sesetengah negara jiran misalnya, yang ada sesetenghnya menetapkan supaya sekolah hanya ditutup apabila IPU mencapai 300, dan pembenihan awan tidak dijalankan.

Namun, menurutnya, usaha membaiki sistem sedia ada sentiasa dilaksanakan, dan berdasarkan sistem perolehan kerajaan, Malaysia dijangka menggunakan pengukuran PM2.5 selewat-lewatnya pada 2017, dan ketika itu sistem lebih bersepadu akan diwujudkan dengan turut mengambil kira pengukuran tahap pencemaran sungai dan laut.

Beliau berkata soal-soal lain yang berkaitan, seperti soal waktu untuk menutup sekolah, soal kesihatan orang ramai, atau soal menghantar bantuan ke negara jiran untuk membantu usaha memadamkan kebakaran; perlu dirujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, soal percanggahan atau sebarang kekeliruan tidak seharusnya wujud kerana setiap agensi yang berkaitan turut menghantar wakil ke mesyuarat Majlis Menangani Jerebu yang dipengerusikannya dari semasa ke semasa dalam usaha mencapai konsensus dalam setiap isu yang berkaitan dengan masalah jerebu.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, beliau difahamkan Singapura akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikatnya yang berada di Indonesia yang didapati terbabit menyumbang kepada masalah jerebu, dan menurutnya negara itu mungkin boleh melakukannya kerana ia mempunyai undang-undang berkaitan soal 'jerebu merentasi sempadan'.

Bagaimanapun, beliau berkata, Malaysia tidak dapat berbuat demikian kerana negara tidak memiliki rang undang-undang berkenaan, namun menurutnya beliau dalam proses berbincang dengan penasihat undang-undang dan juga pejabat Peguam Negara berhubung cadangan menggubal rang undang-undang berkenaan.

Tags / Kata Kunci: jerebu , IPU , WHO , Wan Junaidi Tuanku Jaafar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan