Pemandu Malaysia 'Tidak Gembira' Walaupun Mempunyai Jalan Raya Yang Baik

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemandu Malaysia adalah antara pemandu di seluruh dunia yang tidak gembira walaupun mempunyai beberapa jalan raya yang terbaik, menurut aplikasi lalu lintas dan navigasi Waze.

Dalam indeks kepuasan pemandu Global (GDSI) yang pertama diterbitkan pada 29 September, Waze menilai pengalaman memandu 50 juta pengguna di 32 negara dan 167 kawasan metro.

Negara-negara telah disenaraikan berdasarkan skor berangka dari tahap memuaskan (10) kepada sengsara (1).

Dengan markah purata 3.2, Malaysia berada di kedudukan 27 daripada 30 negara dalam indeks kategori 'Wazeyness', yang mengukur tahap keseronokan dan kesediaan membantu dalam komuniti Waze.

Belgium mengungguli kategori dengan skor 8.2, manakala Indonesia menduduki tempat paling rendah pada 2.0.

Rakyat Malaysia, bagaimanapun berfikir sistem jalanrayanya adalah baik apabila meletakkan kedudukannya setaraf dengan jalan-jalan di Britain, dengan kedua-dua negara menerima skor 7.4 dalam indeks kualiti jalan raya dan sama-sama tersenarai di tempat kesembilan.

Malah Malaysia menewaskan negara lain seperti Indonesia (7.3), Amerika Syarikat (7.2) dan Perancis (7.1).

Tetapi kekurangan tempat letak kereta dan akses kepada stesen minyak di Malaysia membawa kepada skor yang rendah sebanyak 1.4 dalam indeks perkhidmatan pemandu Waze, meletakkan Malaysia di tempat ke-27.

Filipina mengungguli carta dalam kategori ini dengan skor penuh 10, manakala Indonesia menerima skor terendah 1.0.

Malaysia berada di kedudukan 7.1 untuk keselamatan pemandu, meletakkan negara di tempat ke-23. Argentina mendahului kategori ini dengan skor sebanyak 9.8, manakala El Salvador menerima skor terendah 3.3.

Malaysia diletakkan di tempat ke-14 dengan skor 6.6 dalam indeks sosio-ekonomi, yang mengambil kira akses terhadap kereta dan kesan harga gas.

Amerika Syarikat mendahului indeks sosio-ekonomi dengan mata penuh 10, manakala Filipina menerima skor yang paling rendah 0.

Walau bagaimanapun, Malaysia tidak tersenarai dalam indeks trafik Waze yang menyaksikan Filipina mendapat skor terendah 0.4, dan Belanda dengan skor tertinggi 8.1.

Secara keseluruhan, Malaysia menduduki tempat ke-17 dengan skor 5.1 dalam indeks paling berpuas hati Waze, yang merupakan purata skor untuk enam kategori.

Belanda mendahului senarai sebagai pemandu paling berpuas hati di dunia dengan skor 7.9, manakala pemandu Brazil adalah yang paling tidak berpuas hati dengan skor 5.2.

Tags / Kata Kunci: kepuasan pemandu , Waze , GDSI

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan