Pemadam Mahu Akta Kesalahan Berkaitan Ketum Diwujudkan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) mencadangkan agar satu akta baharu kesalahan berkaitan ketum diwujudkan secepat mungkin bagi membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa di dalam masyarakat negara ini.

Yang Dipertuanya Datuk Mohd Johari Baharom berkata, sebelum ini Rang Undang-Undang kesalahan berkaitan ketum telah dibentang di Dewan Rakyat bagi membuat pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk memasukkan takrif ketum sebagai dadah berbahaya.

"Bagaimanapun, ia ditangguhkan sebab terdapat anggota Parlimen yang mahu ia diperhalusi dan diperbaiki dan baru-baru ini Rang Undang-Undang itu dibentang semula di Parlimen.

"Mereka (anggota Parlimen) ramai yang bersetuju agar satu akta baharu diwujudkan bersendirian dan kesalahan berkaitan ketum tidak dimasukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Makan Malam sempena Perhimpunan Agung Pemadam Ke-40 yang dihadiri 1,700 perwakilan di sini Jumaat malam.

Turut hadir Setiausaha Agung Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pemadam Negeri, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata Pemadam bersedia menubuhkan satu jawatankuasa bagi menggubal rang undang-undang baharu itu agar kewujudan akta itu dapat memberi impak yang baik kepada masyarakat.

"Kita (Pemadam) mempunyai anggota yang pakar dalam hal berkaitan ketum ini dan diharapkan jawatankuasa ini dapat membawa suara akar umbi yang mahukan kesalahan berkaitan ketum terus dibendung," katanya.

Katanya, ketum, yang berasal dari tanaman liar, kini semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat malah ada yang menanamnya secara meluas.

"Ada juga yang menjadikannya sebagai serbuk dan menjual dalam bentuk pil secara berleluasa di Internet. Ini yang kita mahu bendung kerana ia akan memberi kesan kepada masyarakat khususnya kepada golongan muda masa kini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pemadam , Ketum

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan