Jerebu: Ketampakan Kurang Lima Kilometer - Berita Semasa | mStar

Jerebu: Ketampakan Kurang Lima Kilometer

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer akibat jerebu di sembilan negeri yang dijangka berterusan sehingga Sabtu.

Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri terlibat di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak.

"Keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran," tambah kenyataan tersebut.

Jabatan Meteorologi juga mengeluarkan amaran ribut petir yang berlaku di perairan Sarawak iaitu di Kuching, Rejang, Mukah, Miri dan Bintulu yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , Indonesia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan