Doktor Dari Greece Berkata 'Ya' Untuk e-Rokok

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 10:18 AM

Dari kiri: Boley dan Dr Farsalinos mendengar hujah pengasas bersama kumpulan sokongan pengguna factasia.org, Heneage Mitchell (kanan) tentang e-rokok.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pakar kardiologi dari Greece telah berhujah bahawa e-rokok perlu untuk mereka yang ingin berhenti merokok, tetapi tidak mampu atau tidak mahu melepaskan nikotin.

Dr Konstantinos Farsalinos berkata e-rokok, seperti lain-lain produk yang dikurangkan kandungan nikotinnya, mempunyai ciri dan peranan unik yang perlu dimainkan dalam mengurangkan kemudaratan oleh tembakau.

Penyelidik dan pakar kardiologi dari Pusat Pembedahan Onassis Cardiac University of Patras ini memetik kajian yang menyatakan bahawa terapi penggantian nikotin semasa itu mempunyai kurang enam peratus dari kadar kejayaan manakala ubat-ubatan oral mempunyai kurang daripada 20 peratus kadar kejayaan.

"Kebanyakan perokok tidak mahu berjumpa doktor," katanya pada taklimat media mengenai fakta e-rokok, Jumaat.

Sebaliknya, e-rokok lebih diterima oleh perokok yang menggunakannya untuk mengurangkan rokok, hujah Dr Farsalinos, mengatakan bahawa ia adalah 95 peratus kurang berbahaya berbanding rokok.

Pada 13 Ogos, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian itu sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak mengenai kesan pelbagai kaedah merokok terhadap kesihatan seseorang.

Beliau menggesa orang ramai untuk berhenti menggunakan 'vape' sehingga penemuan menyeluruh mengenai risikonya diumumkan.

Pengasas kumpulan sokongan pengguna factasia.org John Boley, menunjukkan bahawa daripada 400 perokok di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang ditinjau secara dalam talian oleh Ipsos dari 3 Jun hingga 17 Jun, lapan dalam 10 (82 peratus) bersetuju bahawa 'e-rokok mewakili satu alternatif positif kepada rokok pada masa kini'.

Tiga suku (75 peratus) akan 'mempertimbangkan untuk beralih kepada e-rokok jika tidak menyalahi undang-undang, memenuhi kualiti standard dan keselamatan serta boleh didapati dengan mudah seperti produk tembakau biasa," katanya.
Tags / Kata Kunci: e-rokok , vape , Dr Konstantinos Farsalinos

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan