Air Selangor Ambil Alih Industri Air Negeri 15 Oktober

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 6:09 PM

Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ‎akan mengambil alih industri air Selangor pada 15 Oktober ini berikutan lanjutan tarikh akhir untuk memenuhi syarat dalam perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan Puncak Niaga Holdings Berhad.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, tidak akan ada kelewatan lagi apabila negeri telah memuktamadkan perjanjian menjelang tarikh akhir tersebut.

"Setahu saya, Air Selangor akan mengambil alih Syabas pada 15 Oktober. Ia merupakan taklimat terakhir yang diberikan semasa mesyuarat exco negeri.

"Kita akan melalui semua proses dan kita yakin Air Selangor akan mengambil alih keseluruhan industri air pada 15 Oktober," katanya pada Sabtu.

Azmin berkata, Air Selangor mengambil inisiatif dan sedang memastikan beberapa isu teknikal berjalan lancar sebelum pengambilalihan dimuktamadkan.

Puncak Niaga pada 11 November 2014 telah menandatangani SPA bersyarat bagi menjual aset air syarikat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sebanyak RM1.55 bilion.

Bulan lalu, Selangor dan Kerajaan Persekutuan memuktamadkan perjanjian menerusi menandatangani empat perjanjian yang memperincikan syarat terdahulu untuk perjanjian induk yang hendak dikuatkuasakan.

Di bawah perjanjian itu, Puncak Niaga akan menyerahkan anak syarikatnya - Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di bawah kerajaan negeri dengan pulangan RM1.55 bilion.

Azmin berkata, bekalan air yang mencukupi akan menjadi keutamaan bagi negeri ini apabila ia mengambil alih Puncak Niaga dan Syabas.

"Saya sebelum ini telah memberi jaminan kepada industri dan pengguna di negeri ini," katanya.


Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Air Selangor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan